Cari @ Amanz

Instagram kini mengemaskini penawaran Instagram Stories, membolehkan para pengguna berkongsi sesuatu klip sehingga 60 saat yang tidak dipecahkan kepada beberapa klip berbeza.

Sebelum ini, sekiranya sesuatu perkongsian itu melebihi 15 saat, ia akan dibahagikan kepada beberapa klip berbeza.

Melalui kemaskini terbaharu ini, ia akan membolehkan pengguna berkongsi video untuk tempoh masa yang lebih lama lagi.

Pada masa yang sama, ini juga akan membuatkan pengguna menghabiskan masa lebih lama pada aplikasi yang dimiliki Meta tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd