Carian
Pemandu Bas Di Beijing Diminta Pakai Gelang Tangan Pintar Untuk Memantau Emosi Dan Keadaan Pemandu
September 25, 2022 Aman

Pemandu bas jarak jauh di Beijing, kini diminta untuk memakai sebuah gelang elektronik khusus, yang menyertakan teknologi pemantauan emosi, serta keadaan mental seseorang pemandu.

Langkah ini dilakukan oleh salah satu syarikat pengangkutan di Beijing, dalam usaha melindungi kebajikan para penumpang bas tersebut. Ini juga dilihat selari dengan peningkatan kadar kemalangan dari tahun ke tahun.

Melalui gelang tangan tersebut, ia membolehkan emosi pemandu dipantau dalam masa-nyata, termasuk kadar denyutan nadi, tahap oksigen dalam darah, tekanan darah dan juga pemantauan corak tidur.

Walaupun ia dikatakan dilakukan untuk menjaga kebajikan penumpang, terdapat beberapa pihak turut mempersoalkan kadar privasi disebabkan oleh pemakaian gelang tangan ini.

Komen