Apple pada bulan September ini telah pun memperkenalkan iPhone baharu dan juga Apple Watch baharu. Selari dengannya, ramai yang menantikan pengenalan iPad dan juga Mac baharu pada bulan Oktober kelak.
Namun, kini mengikut perkongsian Bloomberg, ia dikatakan mungkin Apple mengumumkan baki produk mereka untuk bulan Oktober melalui hebahan akhbar sahaja, selain kemaskini pada web rasmi.
Terdapat kemungkinan yang mana Apple tidak mengadakan sebarang acara pengumuman pada Oktober ini. Apple dijangka mengumumkan iPad Pro baharu, disamping beberapa produk Mac berasaskan cip M2, selain cip M2 Pro baharu.
Sebelum ini, salah satu produk yang diumumkan melalui hebahan sahaja adalah AirPods Max.