Tecno Pova Neo 5G Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 810 Dan Skrin 120Hz

Diterbitkan pada Sep 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tecno Pova Neo telah dilancarkan sebelum ini dengan janaan cip MediaTek Helio G25. Di Malaysia, ia boleh dibeli bermula RM499 (4GB/64GB) dan RM649 (6GB/128GB). Kini, ia telah dikemaskini dengan penawaran baharu menerusi variasi 5G pula. Melaluinya, peranti bukan sahaja didatangkan dengan sebilangan perkakasan dalaman yang berbeza, malahan reka bentuknya turut diubahsuai.

Untuk lebih khusus, Tecno Pova Neo 5G dilengkapi skrin sebesar 6.8-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 810, memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 6000mAh yang menyokong sistem pengecasan 18W.

Kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + AI Lens dan kamera hadapan pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah perisian Game Space 2.0, pembesar suara stereo dengan talaan DTS, menjalankan HiOS 8.6 berasaskan Android 12 dan pengimbas cap jari di sisi. Untuk harga, Tecno Pova Neo dijual pada INR15,499 (~RM875) dengan pilihan warna Sapphire Black dan Sprint Blue.

komen


© Amanz / 2022 Kami