DARPA Menguji Sistem Swapandu Untuk Kenderaan Tentera Beroperasi Di Laluan Tidak Berturap

Diterbitkan pada Sep 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sistem swapandu yang digunakan pada kenderaan elektrik sekarang hanya beroperasi di kawasan jalan berturap dengan pembahagi jalan yang jelas dan terdapat penghalang fizikal yang baik Apabila diminta bergerak di jalan tidak berturap, sistem ini terus sukar beroperasi. Ini menyebabkan sistem swapandu sedia ada tidak boleh digunakan bagi tujuan ketenteraan.

DARPA telah mengumumkan projek Robotic Autonomy in Complex Environments with Resiliency (RACER) bagi membangunkan sistem swapandu yang boleh beroperasi di laluan tidak berturap dengan prestasi sebaik pemandu manusia.

RACER dibangunkan oleh DARPA dengan kerjasama Carnegie Mellon University, Jet Propulsion Laboratory NASA, dan University of Washington. Ujian fasa pertama telah dilakukan awal tahun ini untuk menguji sistem mengelak halangan, dan mencari laluan yang terbaik di kawasan gurun.

Ujian seterusnya pula untuk melihat kemampuan RACER memanjat kawasan yang curam, licin dan halangan yang lebih kompleks. Kemampuan algoritma menyelesaikan isu pemanduan secara masa nyata akan diuji sepenuhnya.

RACER ialah kesinambungan kepada projek AMAS (Autonomous Mobility Appliqué System) yang dibangunkan sejak 2014 yang membolehkan sekumpulan trak bergerak dalam konvoi secara swapandu bagi mengurangkan risiko ketika beroperasi di medan tempur.

komen


© Amanz / 2022 Kami