Pelakon James Earl Jones bertanggungjawab meminjamkan suara ikonik beliau kepada watak Darth Vader dalam Star Wars dan Mufasa dalam The Lion King. Beliau yang kini sudah berusia 91 tahun dan ingin berhenti memberikan suara beliau kepada watak Darth Vader. Bagi membolehkan Vader terus digunakan untuk siri dan filem Star Wars yang seterusnya, Earl Jones telah menjual hak menggunakan suara beliau kepada firm kecerdasan buatan.

Respeecher sebuah firma dari Ukraine kini memegang hak untuk menggunakan semula suara beliau. Dengan kecerdasan buatan yang dibangunkan sendiri, suara Earl Jones boleh digunakan untuk pelbagai skrip yang dikehendaki.
Dalam siri Obi Wan Kenobi di Disney+ baru-baru ini, teknologi Respeecher digunakan untuk babak dengan Vader. Suara Earl Jones sudah banyak berubah kerana faktor usia maka Respeecher telah digunakan supaya dialog yang diucapkan konsisten dengan suara Vader yang masih muda.
Penggunaan semua kecerdasan buatan untuk merekodkan dialog kini sudah digunakan dengan meluas. Suara Val Kilmer dalam Top Gun Maverick dan dokumentari beliau dihasilkan dengan kecerdasan buatan kerana beliau tidak lagi boleh bercakap kerana kanser tekak. Sementara itu filem Fall merekod semula suara menggunakan kecerdasan buatan bagi memadam dialog asal yang mengandungi carutan.