Carian
Logitech Dan Herman Miller Bekerjasama Sekali Lagi Untuk Membangunkan Kerusi Gaming Ergonomik Baru
September 26, 2022 Nazrin

Beberapa tahun lalu, syarikat pembuat aksesori gaming Logitech dan juga pembangun kerusi pejabat dan ergonomik Herman Miller telah mempekenalkan sebuah kerusi gaming ergonomik yang dibangunkan berasaskan kerusi Embody Herman Miller.

Terkini, kedua-dua syarikat ini sekali lagi mengumumkan kerjasama untuk membangunkan sebuah lagi kerusi gaming baru, tetapi kini ia dibangunkan dari mula, dan bukanlah sebuah penjenamaan semula kerusi sedia ada Herman Miller.

Melalui laman web mereka, kerusi baru ini dikatakan akan memenuhi pelbagai cara duduk para gamer dalam setiap sudut tanpa masalah. Logitech dan Herman Miller dijangka akan membuat pengumuman lanjut mengenai kerusi ini dan mungkin juga produk-produk lain pada 6 Oktober ini.

Komen