Carian
ZTE
ZTE Axon 30S Kini Rasmi – Sebuah Lagi Peranti Dengan Kamera Swafoto Bawah Skrin
September 26, 2022 Amy Maizuraa

ZTE Axon 30S telah dilancarkan secara rasminya di China. Ia merupakan sebuah peranti kelas pertengahan dengan janaan cip Snapdragon 870. Di samping itu, sokongan kamera swafoto terbina di bawah skrin juga adalah tumpuan utama lain pada peranti. Tetapi kalau perasan, sebahagian besar spesifikasinya adalah sama seperti sebuah ZTE Axon 30 tetapi harga jualan lebih rendah. Sebuah Lagi Peranti Dengan Kamera Swafoto Bawah Skrin

Untuk lebih khusus, ZTE Axon 30S dilengkapi skrin sebesar 6.92-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori sehingga 12GB dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri pula sebesar 4,200mAh dengan sistem pengecasan berwayar 55W.

Seterusnya kamera utama terdiri dengan 64MP + 8MP + 5MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari pada skrin, menjalankan Android 12 dan sistem penyejukan terbina yang baik. Untuk harga, peranti dijual di China bermula RMB1,698 (~RM1,090).

Komen