Oppo A17 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM599

Diterbitkan pada Sep 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo kini hadir dengan penawaran baharu buat pengguna di Malaysia. Melaluinya, mereka memperkenalkan Oppo A17 yang dijual pada RM599 (4GB/64GB) sebuah. Bagi yang berminat, ketersediaannya bermula hari ini menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia.

Oppo A17 dilengkapi skrin sebesar 6.56-inci LCD HD+ dengan kadar segar semula standard. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G35, GPU IMG GE8320, memori 4GB RAM dan storan dalaman dalaman 64GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang boleh dicas semula dengan port mikroUSB.

Di samping itu, sistem dwi-kamera disertakan dengan sensor utama 50MP, di samping kamera swafoto pula 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan ColorOS 12.1.1, penarafan kalis air IPX4 dan pengimbas cap jari terbina di sisi. Turut disertakan adalah dua pilihan warna peranti yang terdiri dengan Lake Blue dan Midnight Black.

komen


© Amanz / 2022 Kami