Sejak berdekad lamanya Polaroid ialah jenama yang lebih sinonim dengan teknologi fotografi. Kamera segera mereka menghasilkan gambar secara terus tanpa perlu diproses di makmal terlebih dahulu sehingga digunakan jurufoto terkemuka seperti Ansel Adams. Tetapi masa telah berubah dan kini mereka turut menawarkan beberapa speaker mudah alih bluetooth.

Polaroid P1, P2, P3 dan P4 ialah empat speaker mudah alih bluetooth yang menyasarkan pengguna muda yang inginkan aksesori audio yang kelihatan ceria. P1 ialah model paling kecil bersaiz 4.1″ dan berbentuk empat segi sama dengan cangkuk terbina. P2 pula lebih besar dengan dwi-speaker serta cangkuk.

P3 adalah sedikit lebih besar kelihatan seakan sebuah radio klasik dengan dwi-speaker serta tempat pemegang. Akhir sekali ialah P4 yang paling besar dan satu-satunya dengan kemampuan kalis air IPX5. Kesemua speaker boleh dipadankan antara satu sama lain untuk menyokong audio stereo misalnya menggunakan aplikasi pada telefon pintar.
Harga jualan speaker-speaker ini ialah $59.99 (~RM275) untuk P1, $129.99 (~RM639) untuk P2, $1,89.99 (~RM873) untuk P3 dan $289.99 (~RM1333) untuk P4.