Cari @ Amanz

Pada pertengahan tahun ini, Apple telah memperkenalkan ciri Apple Pay Later, iaitu platform Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) mereka yang membolehkan pengguna untuk menangguhkan pembayaran aplikasi dan langganan pada platform Apple selama empat bayaran sepanjang enam minggu.

Ciri ini sepatutnya diperkenalkan bersama-sama sistem operasi iOS16, tetapi kini sistem operasi tersebut telah diperkenalkan, ciri Apple Pay Later masih belum diperlihatkan lagi, dan melalui beberapa laporan, nampaknya fungsi tersebut belum sedia untuk diperkenalkan lagi.

Melalui laman web Apple, fungsi Apple Pay Later ini akan diperkenalkan dalam kemaskini di masa akan datang, dan nampaknya walaupun didalam pasaran Amerika Syarikat sendiri, fungsi ini tidak akan diperkenalkan di kesemua negeri didalam negara tersebut.

Ini termasuklah beberapa fungsi lain seperti perkongsian kunci digital melalui Apple Wallet dan juga sokongan untuk Matter dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd