Syarikat dron Aerodyne Group hari ini mengumumkan mereka menerima pelaburan $30 juta didahului oleh PETRONAS Ventures dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). KWAP melakukan pelaburan tambahan selepas sebelum ini melakukannya pada tahun 2020.
Pelaburan yang diterima akan digunakan untuk mengembangkan operasi syarikat di Eropah, Afrika, Amerika Latin dan Asia Selatan serta melakukan pengambilalihan teknologi bagi memberikan Aerodyne kelebihan dalam pasaran mobiliti udara.
Selain itu ia juga akan digunakan untuk mengembangkan lagi operasi sistem pertanian Aerodyne di Indonesia dan India. Sejak ditubuhkan pada tahun 2014. Aerodyne muncul sebagai antara syarikat dron terkemuka dunia. Baru-baru ini di Selangor Air Show 2022, Aerodyne memperlihatkan prototaip empat dron baharu yang boleh membawa kargo sehingga 225 kilogram.