Sharp kini hadir dengan penawaran dua lagi peranti baharu menerusi Aquos Sense7 dan Aquos Sense7 Plus. Kedua-duanya dilihat berkongsi rekaan dan sejumlah besar perkakasan dalaman yang sama. Perbezaan kecil hanya boleh ditemui pada saiz skrin dan kapasiti bateri yang lebih besar pada variasi plus.
Mengulas dengan lebih lanjut, Sharp Aquos Sense7 Plus dilengkapi skrin beresolusi FHD+ IGZO OLED sebesar 6.4-inci. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 695, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5,050mAh. Turut disertakan adalah sokongan ruang tambahan menerusi kad mikroSD sehingga 1TB.
Kamera utama yang digunakan adalah 50.3MP (f/1.9) + 8MP (f/2.4), sementara itu kamera hadapan pula sebesar 8MP (f/2.0). Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan bluetooth 5.1, rangkaian 5G terbina, penarafan kalis air IPX5/IPX8, NFC dan bicu audio 3.5mm.
Seterusnya Sharp Aquos Sense7 turut mempunyai perkakasan dalaman yang sama seumpama variasi Plus. Cumanya skrin peranti ini lebih kecil dengan saiz 6.1-inci FHD+ bersama paparan sejenis IGZO OLED. Kapasiti bateri juga lebih kecil iaitu 4,570mAh yang boleh dicas semula menggunakan port USB-C. Tiada maklumat lanjut mengenai harga jualan yang ditemui setakat artikel ini ditulis.