Netflix Membangunkan Studio Permainan Tersendiri

Diterbitkan pada Sep 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix sedia melakukan pelaburan tinggi dalam arena permainan video sejak kebelakangan ini, dan telah menambah sejumlah permainan pada katalog penawaran mereka. Tidak cukup dengan itu, kini Netflix mengumumkan mereka sedang membentuk studio permainan mereka tersendiri, di Finland.

Dengan langkah ini, Netflix mengatakan mereka akan membangunkan lebih banyak permainan berkualiti tersendiri, tanpa sebarang iklan atau pembelian dalam aplikasi.

Finland dipilih kerana negara tersebut sedia terkenal dengan bakat-bakat pembangunan permainan mudah-alih. Seperti ramai sedia maklum, proses pembangunan permainan mengambil tempoh masa yang lama. Kita mungkin melihat perkembangan dan pengenalan permainan pertama Netflix yang dibangunkan sendiri dalam setahun dua lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami