Cari @ Amanz

Mark Zuckerberg hari ini berkongsi pengenalan sebuah ciri baharu pada WhatsApp, iaitu kebolehan mengajak rakan-rakan menyertai panggilan suara atau video dengan berkongsi pautan.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan anda mengajak sesiapa yang tiada dalam senarai buku alamat anda untuk menyertai panggilan suara atau video dengan mudah.

Ini sangat berguna sekiranya anda ingin melakukan panggilan video untuk tujuan perniagaan, mesyuarat dan sebagainya – sekaligus membolehkan WhatsApp digunakan sebagai alternatif kepada Microsoft Teams atau Google Meet.

Buat masa ini, ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat bermula minggu ini – dalam bentuk panggilan suara dan juga video.

Untuk memulakan sesuatu panggilan, pengguna hanya perlu ke tap “Calls” pada WhatsApp, dan seterusnya memilih “Create call link”. Sebuah pautan akan dijana untuk anda berkongsi terus kepada pihak yang berkaitan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd