Cari @ Amanz

Mata wang kripto Luna dan TerraUSD (UST) oleh Terrafom Labs jatuh menjunam pada Mei yang lalu menyebabkan pelabur kerugian lebih $40 bilion. Selepas kejatuhan skim pelaburan ini pengasas bersama syarikat Do Kwon dilaporkan melarikan diri ke Singapura. Bagi menghadapkan beliau ke muka pengadilan, pihak berkuasa Korea Selatan telah meminta bantuan Interpol.

Hari ini Interpol telah mengeluarkan notis merah kepada pelbagai pelbagai agensi penguatkuasaan dunia untuk membantu dalam penangkapan beliau. Notis dikeluarkan selepas beliau tidak dapat lagi dikesan di Singapura dan lokasi beliau sekarang tidak diketahui. Selain Do Kwon, waran tangkap untuk lima lagi individu yang terlibat dengan Terraform Labs telah dikeluarkan.

Dengan notis merah telah dikeluarkan, ini meletakkan Do Kwon dalam senarai yang sama dengan Jho Low yang dikehendaki kerana penglibatan dalam skandal 1MDB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd