MUBI Malaysia Ditutup – Hanya Akan Menawarkan Penstriman Filem Global Selepas Ini

Diterbitkan pada Sep 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sekitar tiga tahun yang lalu, perkhidmatan penstriman video MUBI telah membuka cawangan Malaysia, dan memperkenalkan MUBI Sinema yang menawarkan katalog filem baru dan lama dari Nusantara.

Hari ini, sayangnya MUBI Malaysia telah mengumumkan bahawa perkhidmatan dan penawaran penstriman filem tempatan telah ditamatkan. Walaupun begitu, filem-filem nusantara yang sudahpun berada di platform tersebut masih lagi ditayangkan buat masa ini.

Dalam pada itu, harga langganan MUBI juga telah meningkat naik, dimana sebelum ini, harga langganannya ialah RM15, ia kini telah meningkat ke RM30 sebulan, ataupun RM19 sebulan jika anda melanggan terus selama setahun.

Adakah anda salah seorang daripada mereka yang melanggan kepada perkhidmatan penstriman MUBI? Apakah filem-filem tempatan dan serantau yang anda tonton pada platform ini?

komen


© Amanz / 2022 Kami