Desas-desus mengenai kewujudan Oppo A77s bukanlah perkara yang baharu malah telah diperkatakan sekian lama. Terkini spesifikasi penuhnya telahpun tertiris dan didedahkan menerusi satu imej tular.
Dari segi rekaan, ia menggunakan tubuh berkotak bersama skrin sejenis rata. Melaluinya, panel LCD 90Hz sebesar 6.56-inci dan beresolusi HD+ digunakan. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan 33W.
Dwi-kamera utama turut digunakan dengan tetapan 50MP (utama) + 2MP (kedalaman) dan kamera hadapan pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan ColorOS 12.1, kalis air IP54 dan pengimbas cap jari di sisi. Tiada maklumat lanjut mengenai tarikh pelancaran yang didedahkan setakat ini.