Meta Menguji Ciri Memudahkan Pertukaran Antara Akaun Di Facebook Dan Instagram
September 27, 2022
Aplikasi
Effi Saharudin
Meta mengumumkan mereka menguji ciri baharu bagi memudahkan pengguna bertukar antara akaun Facebook dan Instagram yang dimiliki. Menerusi ciri ini pertukaran antara akaun peribadi dan perniagaan misalnya dapat dilakukan dengan lebih mudah serta pantas.

Ciri bertukar antara akaun telah disokong di Instagram sebelum ini tetapi kini turut diberikan di Facebook. Ini boleh dilakukan jika akaun diletakkan di dalam Accounts Center yang sama. Ujian diberikan ke peringkat global pada versi Web, Android dan iOS.
[sumber] Sumber – Meta [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.