U Mobile Dan Qualcomm Bekerjasama Untuk Penawaran Peruncitan Pintar Baharu

Diterbitkan pada Sep 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

U Mobile dan Qualcomm kini mengumumkan kerjasama, dimana mereka berdua akan berkongsi kepakaran dalam menginovasi penawaran peruncitan pintar untuk industri tempatan.

Langkah ini selari dengan pengenalan 5G akan datang, yang akan memberikan lebih kesan transformasi digital kepada pelbagai industri.

Melalui penawaran peruncitan pintar daripada U Mobile ini, ia akan memudahkan pengguna melakukan pembelian dan pembayaran dengan pantas secara digital – berbeza dengan apa yang ditawarkan hari ini.

Ini juga dijangka dilengkapi dengan sokongan teknologi AI – memastikan pelbagai operasi, penjagaan stok dan sebagainya diuruskan dengan baik secara digital.

Daripada apa yang dipertontonkan oleh U Mobile, sebanyak tiga solusi diperlihatkan, termasuk sebuah kenderaan swapandu yang membawa makanan ke mana-mana, dan menjualnya secara automatik – menggantikan penawaran kenderaan saji pada hari ini.

Disamping itu, U Mobile turut memperlihatkan troli pintar untuk memudahkan pembayaran terus pada troli, selain sokongan pelabelan secara elektronik.

komen


© Amanz / 2022 Kami