Xiaomi Civi 2 Dilancarkan Dengan Snapdragon 7 Gen 1 Dan Kamera 50MP

Diterbitkan pada Sep 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi Civi 2 telah dilancarkan secara rasminya di China hari ini. Ia merupakan peranti berspesifikasi pertengahan dengan janaan cip Snapdragon 7 Gen 1. Masih meneruskan tradisi, rekaan moden tapi minimalis tetap menjadi pilihan Xioami kerana ia memfokuskan terhadap gaya hidup.

Xiaomi Civi 2 menggunakan skrin AMOLED sebesar 6.55-inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman mencapai 256GB (UFS 2.2) Turut disertakan adalah sistem penyejukan untuk pengaliran haba yang baik pada peranti.

Kamera utama terdiri dengan 50MP Sony IMX766 (OIS) + 20MP Sony IMX376K (ultra-lebar) + 2MP (makro). Seterusnya dwi-kamera swafoto 32MP digunakan yang diletakkan dalam rekaan lubang kamera mirip iPhone 14 Pro. Kapasiti bateri pula sebesar 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Lain-lain spesifikasi termasuklah pembesar suara stereo yang disokong Dolby Atmos, sensor inframerah, NFC, sambungan bluetooth 5.2 dan port USB-C. Untuk harga, ia dijual di China bermula RMB2,399 (~RM1,544) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami