India Dilaporkan Ingin Pengeluar Telefon Menyertakan Sistem Navigasi India, NaVIC

Diterbitkan pada Sep 27, 2022. oleh .

India dengan populasi lebih 1 bilion penduduk, dan sasaran menjadi negara paling ramai penduduk tidak lama lagi, kini turut mula mengorak langkah mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar sedikit demi sedikit.

Terbaru, kerajaan India dilaporkan sedang melihat untuk memaksa syarikat teknologi, terutamanya pengeluar peranti untuk mengintegrasikan sistem navigasi India, iaitu NaVIC – sebagai alternatif kepada GPS.

NaVIC juga dikatakan menawarkan sokongan navigasi domestik yang lebih jitu, disamping akan memberi kelebihan kepada ekonomi setempat di India.

Apa pun, ia dikatakan beberapa pengeluar, seperti Apple, Xiaomi dan Samsung meminta perkara berkenaan ditangguhkan – mengatakan ia akan memerlukan lebih kajian, serta kos pengeluaran lebih tinggi.

Ia agak sukar untuk mencapai sasaran kerajaan India, sekiranya kerajaan India menetapkan integrasi sokongan NaVIC sebagai alternatif GPS seawal Januari 2023 kelak.

Untuk makluman, selain India, terdapat beberapa negara mempunyai sistem navigasi kebangsaan tersendiri, termasuk China, EU, Jepun dan juga Rusia.

Sumber : Reuters

komen


© Amanz / 2023 Kami