Google Mengubah Saiz Bezel Pixel Watch Dalam Video Iklan Baharu

Diterbitkan pada Sep 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa hari lepas, Google telah pun kongsi video acah baharu Pixel Watch yang memperlihatkan rekaan penuh jam tangan pintar Wear OS baharu ini. Dalam video tersebut ia memperlihatkan beberapa muka jam, warna kerangka dan juga pilihan warna tali jam.

Dalam video tersebut, ia memperlihatkan Pixel Watch menggunakan skrin berbentuk bulat melengkung dengan bezel yang agak tebal untuk jam tahun 2022. Terbaru dalam video Pixel Watch oleh Google Taiwan, rekaan skrin dilihat telah diubah dengan bezel yang lebih nipis.

Jam ini akan dilancarkan pada 6 Oktober akan datang, jadi hanya pada ketika itu kita akan lihat rekaan sebenar jam ini sama ada yang mana satukah yang benar. Adakah bezel tebal atau yang sedikit lebih nipis? Pixel Watch turut dikatakan akan dijual pada harga yang lebih mahal berbanding Apple Watch dan Samsung Galaxy Watch, sama-sama kita nantikan informasi lanjut.

komen


© Amanz / 2022 Kami