Samsung Menyertai Arena Kewangan Di India Dengan Penawaran Kad Kredit

Diterbitkan pada Sep 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung kini turut menyertai arena kewangan di India dengan pengenalan kad kredit khusus bersama Axis Bank dan juga Visa.

Kad kredit Samsung ini akan menawarkan pulangan tunai 10% untuk pembelian barangan Samsung sepanjang tahun, selain boleh digunakan seperti biasa untuk pembelian edagang, termasuk untuk penghantaran makanan dan sebagainya.

Dengan langkah pengenalan kad kredit, ia dijangka akan mengekalkan lagi kesetiaan pengguna dengan sesuatu jenama – disamping memperluaskan penawaran oleh syarikat teknologi.

Sebelum ini, Xiaomi sedia menawarkan kad kredit mereka tersendiri, disamping Apple juga turut menawarkan kad mereka di Amerika Syarikat.

komen


© Amanz / 2022 Kami