Vivo Ialah Telefon Pintar Rasmi Piala Dunia 2022

Diterbitkan pada Sep 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apakah telefon pintar rasmi Piala Dunia 2022 di Qatar? Jawapannya ialah Vivo yang menjadi penaja kepada temasya sukan bola sepak untuk kali kedua selepas turut menjadi penaja untuk Piala Dunia 2018 di Rusia.

Ini adalah kesinambungan kepada perjanjian yang ditandatangani antara Vivo dan FIFA pada tahun 2017 untuk menjadi telefon pintar acara yang dianjurkan FIFA. Selain Piala Dunia 2018, Vivo turut menjadi telefon pintar rasmi untuk FIFA Arab Cup Qatar 2021 dan UEFA EURO 2020. Dengan penajaan rasmi ini, iklan untuk peranti Vivo akan dipaparkan di setiap lokasi stadium dan juga pengiklanan di tepi padang.

komen


© Amanz / 2022 Kami