Carian
Apple Membuka Pejabat Baharu Di London Dalam Bangunan Milik Syarikat Malaysia
September 27, 2022 Effi Saharudin

Tim Cook mendedahkan semalam bahawa Apple lokasi pejabat baharu mereka di London adalah di Battersea Power Station yang akan memulakan operasi tahun 2023. Pemilihan Battersea Power Station adalah menarik kerana projek pembangunan semula kawasan ikonik di kota London ini adalah di bawah kelolaan dua syarikat Malaysia iaitu SP Setia dan Sime Darby.

Sebelum diubah menjadi kawasan komersial, pejabat dan perumahan, Battersea Power Station membekalkan kuasa elektrik arang batu dari tahun 1955 hingga 1983. Kerana rekaan stesen yang unik, ia diberikan status bangunan bersejarah Gred II oleh kerajaan United Kingdom.

Pembinaan Battersea tergendala beberapa kali akibat bantahan dari orang ramai dan juga pandemik. Walaupun sekian lama terbiar sementara menanti pemilik baharu, stesen janakuasa ini turut digunakan sebagai set penggambaran filem Aliens sebagai stesen janakuasa merangkap sarang Xenomorph dan Batman The Dark Knight dimana letupan berlaku menyebabkan kematian Rachel Dawes.

Komen