Siri Cip Pemprosesan AMD Ryzen 7000 Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan – Harga Permulaan RM1399

Diterbitkan pada Sep 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri cip pemprosesan terbaru keluaran AMD, iaitu AMD Ryzen 7000 kini akhirnya mula ditawarkan di pasaran tempatan, bermula dengan empat model CPU terlebih dahulu, termasuklah AMD Ryzen 9 7950X, AMD Ryzen 9 7900X, AMD Ryzen 7 7700X dan AMD Ryzen 5 7600X.

Dibangunkan menggunakan proses 5nm TSMC, cip pemprosesan terbaru AMD ini menawarkan prestasi yang lebih hebat berbanding dengan penawaran syarikat tersebut sebelum ini. Ia juga dilihat hadir dengan sokongan untuk teknologi-teknologi terbaru seperti memori DDR5, teknologi penghantaran data PCIe 5.0 dan juga rekaan yang berbeza dimana ia menggunakan soket LGA dan tidak lagi BGA seperti sebelum ini, dimana pin kini berada di bahagian papan induk dan bukan lagi CPU untuk AMD.

Dengan itu, papan induk baru juga diperlukan untuk cip pemprosesan ini, dimana AMD memperkenalkan cipset X670E, X670, B650E dan B650 untuk cip pemprosesan Zen 4 terbaru ini. AMD turut menjanjikan bahawa papan induk ini akan disokong untuk sekurang-kurangnya 3 tahun sehingga tahun 2025 kelak sebelum ia mungkin perlu digantikan untuk menyokong teknologi cip pemprosesan baru.

Siri cip pemprosesan AMD Ryzen 7000 ini akan mula dijual di pasaran tempatan bermula 28 September ini pada harga-harga berikut:

  • AMD Ryzen 9 7950X (16 teras, 32 bebenang) – RM3399
  • AMD Ryzen 9 7900X (12 teras, 24 bebenang)- RM2699
  • AMD Ryzen 7 7700X (8 teras, 16 bebenang) – RM1899
  • AMD Ryzen 5 7600X (6 teras, 12 bebenang) – RM1399

komen


© Amanz / 2022 Kami