Netflix Bakal Tayangkan Siri Berkenaan Kisah Disebalik Spotify Pada Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix kini hadir dengan sebuah video acah untuk siri akan datang mereka, dinamakan The Playlist. Siri ini bakal memfokuskan kepada kisah disebalik pemain muzik yang digunakan ramai pada hari ini, iaitu Spotify.

Siri ini dijangka menawarkan sebanyak 6 episod, dan memfokuskan kepada permulaan Spotify – termasuk cabaran dalam menghadapi pelbagai syarikat muzik dalam menyertai mereka, disamping turut menguruskan ia secara politik.

Siri berasaskan Spotify ini meneruskan trend akhir-akhir ini, dimana pelbagai kisah memfokuskan kepada kisah pembangunan sesuatu syarikat teknologi atau sains, termasuk berkaitan Theranos, WeWork, Uber, dan lain-lain, selain filem memfokuskan Facebook dan Apple sebelum ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami