Garmin inReach Messenger Menghantar SMS Kecemasan Menggunakan Satelit

Diterbitkan pada Sep 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Teknologi komunikasi kecemasan menggunakan satelit telah wujud berdekad lamanya tetapi kini mula menjadi bualan ramai selepas sokongan diberikan pada iPhone 14 dan Mate 50 Pro. Bagi penggunaan yang inginkan ciri yang sama pada peranti sedia ada, jawapannya ialah dengan membeli peranti tambahan seperti Garmin inReach Messenger yang baru dilancarkan semalam.

Menerusi Garmin inReach Messenger, pengguna boleh menghantar SMS kecemasan menerusi sambungan kepada sistem satelit. Pengguna hanya perlu menyambungkan peranti kepada inReach Messenger tanpa perlu menghala telefon ke arah satelit seperti yang digunakan oleh iPhone 14.

Selain itu inReach Messenger juga boleh menghantar lokasi yang tepat setiap 10 minit. Ini berguna dalam situasi kecemasan dan boleh digunakan untuk membenarkan sanak saudara menjejak lokasi apabila diperlukan. Dengan sekali caj, inReach Messenger boleh beroperasi sehingga 28 hari dengan sekali caj dan melepasi piawaian kalis air IPX7.

Terdapat langganan $15 sebulan yang membenarkan 10 mesej dihantar dengan setiap mesej selepas itu dikenakan caj $0.5. Garmin inReach Messenger dijual pada harga $300 (~RM1385) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami