Xiaomi kini berkongsi mengenai perancangan untuk hadir dengan beberapa penawaran baharu tidak lama. Melaluinya, sebuah acara pelancaran telah dijadualkan berlangsung di China pada 4 Oktober ini. Bagaimanapun, tiada butiran khusus mengenai produk yang didedahkan setakat ini. Sebalik perkongsian yang dimuat-naik sekadar mengacah satu poster bersama tagline “MakeMomentMega”.
Jangkaan awal mendakwa Xiaomi 12T Pro mungkin dilancarkan melaluinya. Butiran mengenainya turut telah tertiris dalam beberapa perkongsian terdahulu. Ia dijangka hadir dengan kamera 200MP dan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Dalam masa sama, peranti juga telah melepasi SIRIM yang bermakna pasaran Malaysia kelak turut menerima penawarannya.
Di samping itu, tablet Redmi Pad dan fon telinga Redmi TWS Earbuds dijangka turut diperkenalkan. Bagi melihat apakah kejutan yang bakal disediakan oleh Xiaomi, sama-sama nantikan pelancaran rasminya kelak.