Ubat Yang Memperlahankan Pengurangan Kognitif Pesakit Alzheimer Berjaya Dibangunkan

Diterbitkan pada Sep 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Alzheimer menyebabkan pengurangan kemampuan kognitif dan fungsi pesakit sehingga mereka tidak lagi mengenali orang sekeliling. Pada waktu ini tiada rawatan untuk penyakit yang dianggar terdapat 55 juta penghidap di seluruh dunia. Tetapi hari ini muncul harapan selepas Eisai Co dan Biogen Inc mengumumkan kejayaan ubat yang mampu memperlahankan pengurangan kognitif pesakit Alzheimer.

Dalam ujian yang dilakukan pada pesakit, ubat Lecanemab mengurangkan pengurangan kognitif sehingga 27% berbanding penggunaan placebo. Walaupun tidak berjaya merawat Alzheimer sepenuhnya, kejayaan ini dilihat sebagai langkah yang betul bagi menghasilkan rawatan yang lebih efektif di masa hadapan.

Saintis mendapati sekiranya lapisan protein amyloid beta yang ditemukan pada otak pesakit dapat dibuang, kesan Alzheimer kepada pesakit dapat dikurangkan. Eisa dan Biogen kini memohon kebenaran dari FDA untuk memulakan ujian ke atas pesakit di Amerika Syarikat sebelum memohon untuk di dibenarkan pula ia digunakan di Jepun dan Eropah.

komen


© Amanz / 2022 Kami