Spesifikasi Tablet Redmi Pad Tertiris Sepenuhnya

Diterbitkan pada Sep 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .


Xiaomi telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu pada 4 Oktober 2022. Salah satu daripadanya mungkin tablet Redmi Pad dan spesifikasinya kini telah tertiris sepenuhnya menerusi perkongsian terkini Winfuture.

Ia menunjukkan sebuah tablet bersaiz 10.6-inci. Skrin adalah sejenis LCD beresolusi 2000 X 1200 piksel bersama kadar segar semula 90Hz. Turut disertakan adalah beberapa ciri tambahan seperti kecerahan puncak 400nits, nisbah kontras 1500:1 dan warna 10-bit.

Seterusnya, cip MediaTek Helio G99 akan digunakan sebagai tunjang utamanya dengan memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri pula sebesar 8000mAh yang menyokong sistem pengecasan 22.5W. Kamera 8MP turut dimuatkan pada tablet untuk sensor utama dan swafoto. Sebagai tambahan, terdapat juga ciri FocusFrame untuk rakaman gambar bersudut luas lebih baik.

Bukan itu sahaja, Redmi Pad juga akan mempunyai empat pembesar suara terbina dan menjalankan Android 12. Bagi melihat sejauh mana kebenaran ini, sama-sama nantikan perkembangannya dari masa ke semasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami