Acer Predator Orion 7000 Dikemaskini Dengan Cip Intel Core Gen-13

Diterbitkan pada Sep 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Serentak dengan pengumuman cip Intel Core generasi ke-13 semalam, Acer mengumumkan komputer gaming desktop Predator Orion 7000 mereka turut akan dikemaskini dengan cip yang terkini. Pelanggan akan diberikan pilihan menggunakan cip sehingga Intel Core i9-13900K.

Ini boleh dipadankan pula dengan memori sehingga 64 GB DDR5-4000 RAM dan kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX3090. Sebagai komputer gaming ia hadir dengan ciri standard kerangka lutsinar bagi memaparkan sistem lampu ARGB. Sistem penyejukan cecair turut disertakan lengkap dengan sistem kipas penyejuk Predator FrostBlade 2.0.

Pilihan I/O juga cukup mewah dengan 3x USB 3.2 Gen 1 Type A, 1x USB 3.2 Gen 1 Type C dan 2x
bicu audio 3.5mm di hadapan. Di belakang pula 3x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 2×2
Type-C, 2x USB 2.0 dan 3x bicu audio disertakan. Harga jualan dan bilakah ialah akan memasuki pasaran Malaysia masih belum diumumkan pada waktu ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami