TikTok Shop Akan Meningkatkan Yuran Transaksi Dari 1% Kepada 2.12% Bermula 17 Oktober

Diterbitkan pada Sep 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TikTok Shop Malaysia kini mengumumkan mereka akan menyesuaikan kembali yuran transaksi pada platform mereka untuk penjual, dimana ia akan ditingkatkan daripada 1% yang dikenakan pada hari ini, kepada 2.12% bermula 17 Oktober 2022 kelak.

Peningkatan yuran transaksi ini tertakluk kepada semua penjual tempatan – melibatkan semua kategori produk.

TikTok mengatakan semua tempahan bermula 17 Oktober 2022 akan tertakluk kepada yuran transaksi baharu ini. Bagi para penjual di TikTok, mungkin anda boleh mengambil maklum dan menyesuaikan penawaran anda selari dengan peningkatan ini.

Walaupun bagi para pengguna orang ramai, perkara ini tiada kesan – tetapi secara tidak langsung mungkin terdapat beberapa penjual meningkatkan harga jualan dalam menampung peningkatan kos transaksi ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami