Setelah lebih dari setengah tahun menunggu, Intel akhirnya telah mengumumkan ketibaan kad grafik Intel Arc A770 mereka secara rasmi.
Kad grafik Arc A770 ini tampil dengan cip pemprosesan grafik ACM-G10, dengan 32 teras Xe, 512 XMX pemproses matriks dan 512 EU dan tampil dengan pilihan memori 16GB ataupun 8GB.
Kad grafik ini juga tampil dengan sokongan untuk teknologi gaming DirectX12 Ultimate, bersama-sama dengan teknologi pengekodan video AV1 yang menjanjikan kualiti video baik pada kadar bit dan saiz fail yang lebih rendah.
Intel mengatakan bahawa kad grafik ini akan ditawarkan bermula 12 Oktober ini di pasaran global pada harga permulaan $329 (~RM1500). Selain daripada rekaan asal, ia juga dijangka bahawa kad grafik ini akan dijual oleh pembuat-pembuat kad grafik lain seperti ASUS, GIGABYTE, MSI dan sebagainya.