Carian
Apple Mengurangkan Pengeluaran iPhone 14 Sehingga 6 Juta Unit Kerana Kurang Sambutan
September 28, 2022 Effi Saharudin

Strategi pemasaran Apple tahun ini yang mengeluarkan siri iPhone 14 dengan cip A15 Bionic dan siri iPhone 14 Pro dengan cip A16 Bionic mungkin memakan diri. Menurut laporan Bloomberg, Apple telah memberitahu pembekal untuk mengurangkan pengeluaran siri iPhone 14 sehingga 6 juta unit kerana kurangnya sambutan dari pengguna.

Selepas jualan dibuka dua minggu lalu, pelanggan didapati memilih siri iPhone 14 Pro dengan masa menunggu di beberapa pasaran melebihi sebulan. Ura-ura sambutan yang dingin untuk model iPhone 14 dan 14 Plus sudah didengari sejak minggu lalu tetapi hari ini ialah kali pertama laporan muncul mengenai jumlah pengurangan pengeluaran.

Pada minggu ini juga iPhone 14 mula dikilangkan di India buat pertama kali dengan ia menyasarkan untuk dijual di negara itu sahaja pada waktu ini. Ini ialah langkah Apple untuk tidak memindahkan pengilangan peranti keluar dari China.

Komen