Di acara Intel Innovation Keynote 2022 semalam, Samsung Display telah memperlihatkan skrin boleh-lungsur yang dihasilkan khusus untuk komputer tablet. Skrin yang bergulung ini boleh membesar dari 13″ ke 17″ apabila ditarik ke sisi.
Walaupun skrin ini telah diperlihatkan secara rasmi, Samsung masih belum berkongsi mengenai resolusi dan juga spesifikasi lengkap buat masa ini. Tahun lalu mereka memperlihatkan konsep telefon pintar dengan skrin bergulung yang boleh membesar ke sisi menggunakan motor.
Skrin yang diperlihatkan semalam ialah skrin boleh-gulung yang terbesar pernah diperlihatkan Samsung Display setakat ini. Dengan produk telah diperlihatkan, produk sebenar yang dijual kepada pengguna mungkin akan hadir dalam masa terdekat.