Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S23 kelak bakal dilancarkan sebagai variasi baharu untuk siri Galaxy S. Pengenalannya sekitar awal tahun hadapan dan desas-desus mengenainya telah hangat diperkatakan sejak beberapa bulan ini. Antaranya, ia diperkatakan tiba dengan kamera 200MP dan dilengkapi cip Snapdragon sepenuhnya.

Sebagai tambahan, kini rekaannya pula didedahkan menerusi perkongsian OnLeaks. Boleh dilihat dengan jelas, peranti mengambil inspirasi rekaan Galaxy S22 Ultra. Khususnya untuk modul kameranya yang menempatkan tiga sensor kamera dalam bonggol yang berbeza. Ia kemudiannya disusun secara menegak bersama satu LED Flash yang diletakkan bersebelahan.

Panel hadapan adalah bersaiz 6.1-inci dengan gabungan skrin berlubang bersama kamera swafoto tunggal di bahagian tengah. Turut disertakan adalah saiz bezel yang seimbang pada keempat-empat sisi. Biarpun belum ada kepastian, namun ia dijangka menyokong kadar segar semula tinggi 120Hz, dibekalkan cip Snapdragon dan bateri lebih besar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd