Cari @ Amanz

Touch n Go Malaysia, kini berkongsi mengatakan kini pengguna sudah boleh mematikan ciri PayDirect pada aplikasi dompet digital Touch n Go eWallet.

PayDirect merupakan sebuah ciri yang membolehkan pembayaran dilakukan menggunakan baki pada dompet digital sebelum menolak baki kad. Namun, mungkin ada pengguna yang tidak mengemarinya – terutamanya apabila pautkan kad NFC baharu ke dompet digital untuk tambah-nilai.

Untuk nyah-aktifkan ciri PayDirect untuk sesuatu kad, anda hanya perlu ke aplikasi Touch n Go eWallet, dan seterusnya pilih pautan Kad TNG.

Seterusnya tekan pada tiga titik menu pada bahagian kad, dan seterusnya pada menu, klik pada PayDirect. Disana, anda boleh memilih untuk mematikan ciri PayDirect ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd