OpenSignal kini telah mengeluarkan laporan kelajuan internet mudah alih di Malaysia untuk suku ketiga 2022, meliputi tempoh dari 1 Jun 2022 sehingga 29 Ogos 2022.
Dari segi penawaran kelajuan muat-turun, Digi muncul di tangga teratas dengan kelajuan purata 20.5 Mbps diikuti oleh Maxis (19.2 Mbps), Unifi (12.4 Mbps), Yes (12.1 Mbps), Celcom (11.2 Mbps) dan Umobile (8.6 Mbps).
Dari segi kemampuan muat naik pula Umobile terpantas dengan kelajuan 7.1 Mbps, diikuti oleh Maxis (7.0 Mbps), Digi (6.7 Mbps), Celcom (4.7 Mbps), Unifi (2.8 Mbps) dan Yes (2.1 Mbps).
Bagi pengguna yang mementingkan kemampuan penstriman video, Digi dan Maxis berkongsi anugerah sebagai syarikat telko dengan pengalaman terbaik. Celcom pula menawarkan pengalaman 4G terbaik sementara Maxis pula menawarkan pengalaman permua atas talian yang terbaik.