Carian
Garmin Venu Sq 2 Dan Venu Sq 2 (Music Edition) Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM1230
September 28, 2022 Amy Maizuraa

Garmin Malaysia kini hadir dengan dua peranti boleh-pakai baharu menerusi pengenalan Garmin Venu Sq 2 dan Venu Sq 2 (Music Edition). Bagi yang berminat, ia boleh dibeli pada RM1,230 untuk Venu Sq 2, sementara itu variasi music edition pula berharga RM1,480 seutas. Ketersediaannya bermula hari ini melalui kedai atas talian dan pengedar sah rasmi Garmin di seluruh Malaysia.

Garmin Venu Sq 2 dan Venu Sq 2 (Music Edition) dilengkapi skrin AMOLED 1.4-inci (320 x 360 piksel) yang dimuatkan dalam seutas jam tangan bermuka empat segi dan tali silikon. Turut disertakan adalah pelbagai ciri penjejakan asas seperti imbasan nadi, pengesanan tahap kuasa tubuh, menjejak kitaran haid, corak waktu tidur dan banyak lagi.

Selain daripada itu, sebanyak 25 mod sukan turut diberikan, di samping kebolehan GPS terbina. Bateri yang digunakan pula mampu bertahan diantara 6 hingga 11 hari. Tidak ketinggalan, kelebihan pada variasi musik yang boleh memuatkan sehingga 500 lagu dalam storan terbina.

Komen