Cari @ Amanz

iOS 16 adalah sistem operasi terbaru untuk iPhone yang dilancarkan pada beberapa minggu lalu. Versi baharu ini membawakan lebih banyak pilihan kustomasi untuk peranti seperti kunci skrin yang boleh diubahsuai, lebih banyak ciri sekuriti, dan melalui proses pengAndroidan yang banyak.

Semasa kemaskini ini diedarkan, Google turut mengumumkan yang kebanyakan aplikasi mereka akan dikemaskini agar menyokong widget untuk kunci skrin iOS 16. Terkini, pelayar web Chrome dan aplikasi Google Drive telah pun menerima kemaskini ini.

Berikut adalah apa yang ditawarkan;

Google Chrome 106

  • Search: Carian melalui enjin carian Chrome terus di kunci skrin.
  • Incognito Search: Carian dalam mod inkognito.
  • Voice Search: Carian menggunakan arahan suara.
  • Chrome Dino Game: Terus main permainan Dino Game di kunci skrin.

Semua widget Google Chrome ini hadir dengan saiz 1×1 dan mempunyai fungsi lebih kurang sama dengan widget pada skrin utama.

Google Drive

  • Suggested Files: Terus lihat fail yang dicadangkan pada kunci skrin.
  • Search: Carian fail dengan lebih pantas.
  • Starred: Akses pintas kepada fail kegemaran.

Kesemua widget ini juga hadir dengan saiz 1×1, kecuali untuk Suggested Files yang menggunakan saiz 2×1.

Beberapa aplikasi Google lain seperti Gmail, Google Maps, Search, dan News turut akan menerima kemaskini baharu dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd