DHL Mula Menggunakan Kenderaan Penghantaran Elektrik Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DHL hari ini menjadi syarikat penghantaran bungkusan pertama yang menggunakan kenderaan elektrik di Malaysia. Dalam fasa permulaan bermula Oktober ini, 6 kenderaan elektrik digunakan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan sasaran meningkatkatkannya ke 61 kenderaan menjelang penghujung 2023 di seluruh Malaysia.

Kenderaan penghantaran elektrik sepenuhnya CAM EC35 mempunyai ruang kargo 4.8 m3 dan membawa sehingga 1 tan. Setiap kenderaan boleh bergerak sehingga 266 kilometer sebelum perlu dicas semula yang mengambil masa sekitar 8 jam.

Dengan menggunakan kenderaan penghantaran elektrik, DHL dapat mengurangkan pengeluaran kargo dioksida sehingga 33% dan pada waktu yang sama mengurangkan kos bahan api sehingga 48%. Menerusi program elektrifikasi kenderaan, DHL ingin menjadi syarikat sifar karbon menjelang 2050.

komen


© Amanz / 2022 Kami