Satu lagi kelonggaran diberikan dalam pemakaian pelitup muka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. Secara serta merta, pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam kapal terbang. Keputusan diambil selepas mengambil kira pengudaraan yang baik, kewujudan sistem penapis udara HEPA, susunan tempat duduk dan kekerapan penjadualan disinfeksi yang digunakan dalam kapal terbang sekarang.

Sungguhpun tidak lagi diwajibkan, pemakaian masih lagi disarankan bagi golongan yang bergejala, golongan yang berisiko tinggi seperti mempunyai imuniti tubuh rendah dan mereka yang mengembara bersama golongan berisiko.
Pemakaian pelitup muka pada waktu ini masih lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam, kenderaan seru pandu dan kawasan hospital.