Pengguna Netflix Kini Boleh Memilih Nama Lain Untuk Digunakan Dalam Permua

Diterbitkan pada Sep 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix hari memperkenalkan ciri untuk pengguna memilih nama lain yang kemudiannya digunakan dalam permua yang ditawarkan oleh mereka. Dengan ini pengguna boleh menggunakan tag nama yang mungkin digunakan pada platform lain seperti PSN, Xbox Live atau Steam untuk permua atas talian Netflix.

Ciri ini tertiris beberapa minggu lalu tetapi akhirnya dilancarkan hari ini. Bagi pengguna Android, tag nama permua boleh dipilih menerusi tab permua dan kemudian pergi ke bahagian ‘Create your Netflix game handle’. Di iOS pula ia berbeza dengan pengguna perlu memuat turun permua Rival Pirates or Lucky Luna dan kemudian pilih nama yang ingin digunakan apabila disuruh.

Dengan tag nama permua peribadi, Netflix berharap lebih ramai pengguna akan mengakses ciri yang ditawarkan sejak tahun lalu dengan lebih kerap.

komen


© Amanz / 2022 Kami