Nampaknya, telefon pintar terbaru daripada Apple, iaitu iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max menerima permintaan yang agak tinggi di Malaysia.
Melalui semakan kasar di Apple Store Malaysia, ia memperlihatkan tempoh menunggu lebih sebulan daripada pembelian untuk kedua-dua model ini, dengan tarikh penghantaran mencapai sehingga awal November.

Ke semua model dibawah iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max memperlihatkan tarikh penghantaran sekitar 31 Oktober ke 7 November untuk diterima – jikalau membuat tempahan hari ini.
Namun, untuk model iPhone 14 biasa, ia dilihat mempunyai stok yang mencukupi, dan boleh diterima dalam beberapa hari selepas tempahan di laman rasmi Apple.
Siri iPhone 14 Pro dilihat menerima permintaan tinggi disebabkan penawaran Dynamic Island yang serba baharu, disamping naik taraf cip pemprosesan serta sokongan kamera padanya.