Cari @ Amanz

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kini berkongsi mengatakan stesen pengecasan kenderaan elektrik di Malaysia, masih rendah, iaitu kurang daripada 1000 stesen pengecasan di seluruh negara.

Ia masih jauh berbanding sasaran awal kerajaan untuk mencapai 5,000 stesen pengecasan di seluruh negara pada tahun 2022 ini.

Buat masa ini, pihak kerajaan sedang melihat melaksanakan usaha untuk memanggil semua pihak berkepentingan dalam melihat bagaimana untuk memperbanyakkan lagi stesen pengecacsan di Malaysia.

Perkara ini dikongsikan pihak MOSTI ketika pengenalan era penggunaan van elektrik oleh DHL di Malaysia bermula Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd