Carian
Xiaomi 12T Bakal Hadir Dengan Kamera 200MP
September 28, 2022 Aman

Xiaomi kini mengesahkan siri telefon pintar mercu akan datang mereka, iaitu Xiaomi 12T bakal hadir dengan sistem pengimejan yang dikuasakan dengan sensor 200-megapixel.

Malah, pihak Xiaomi Malaysia turut mengesahkan mengatakan Xiaomi 12T bakal menjadi telefon pintar pertama di Malaysia dengan sensor sebesar 200-megapixel.

Dengan pelbagai fokus diberikan oleh Xiaomi dalam menambah-baik teknologi pengimejan, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang turut akan disertakan oleh Xiaomi melalui telefon Xiaomi 12T ini.

Peranti baharu ini bakal dilancarkan secara rasminya pada 4 Oktober 2022, iaitu pada minggu hadapan.

Komen