Teks Yang Dialih Bahasa Menggunakan Google Lens Kini Kelihatan Lebih Semula Jadi

Diterbitkan pada Sep 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Lens telah lama mempunyai ciri mengalih bahasa teks secara masa nyata terus dari dalam aplikasi. Pengguna hanya perlu menghalakan peranti dengan Lens ke teks dalam bahasa asing dan secara automatik ia akan dialih ke bahasa yang difahami pengguna. Tetapi pada waktu ini lapisan teks yang dialih bahasa nampak janggal kerana ia diletakkan dalam kotak yang tidak sama dengan latar belakang teks asal.

Di acara Google Search On 22 yang berlangsung pagi tadi, Google mengemaskini Lens dengan ciri yang membolehkan teks yang telah dialih bahasa kelihatan lebih semula jadi dengan ia mirip dengan teks asal. Tiada lagi kotak teks kelabu pada latar belakang teks.

Dalam contoh yang diberikan, teks yang dialih bahasa terpapar kemas pada latar belakang imej angkasa lepas. Untuk menyokong ciri ini, kecerdasan buatan Generative Adversarial Networks (GANs) digunakan oleh Google. Ciri ini mula diberikan kepada pengguna global hari ini secara berperingkat.

komen


© Amanz / 2022 Kami