Google Maps Dikemaskini Dengan Immersive View Dan Live View Yang Lebih Berguna

Diterbitkan pada Sep 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Maps ialah aplikasi pemetaan yang kami gunakan dengan kerap apabila melakukan tugasan di luar negara. Berjalan di Tokyo, Berlin, New York, San Francisco dan Bangkok menjadi lebih mudah dengan ciri Live View yang memberikan arahan perjalanan ke destinasi lengkap dengan ciri realiti terimbuh.

Pada acara Google Search On 22 pagi tadi, Maps telah dikemaskini dengan beberapa ciri yang akan menjadikannya lebih berguna. Live View kini mempunyai pautan pantas untuk carian yang biasa dilakukan seperti mesin ATM, telefon awam dan restoran. Apabila ditekan, Live View akan menunjukkan arah ke lokasi yang paling hampir tanpa pengguna perlu menaipnya seperti sebelum ini. Live View baharu boleh digunakan di Search with Live View starts rolling out in London, Los Angeles, New York, San Francisco, Paris dan Tokyo dalam masa terdekat pada peranti Android serta iOS.

Immersive View yang sebelum ini diumumkan menyokong hanya beberapa mercu tanda popular dunia dalam paparan 3D realistik. Kini sebanyak 250 mercu tanda disokong sepenuhnya seperti Oracle Park di San Francisco. Ciri ini akan disokong pada bandaraya Los Angeles, London, New York, San Francisco dan Tokyo apabila pengguna menggunakan aplikasi di Android dan iOS.

komen


© Amanz / 2022 Kami